Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Jual Buku Tawassul dan Wasilah

Judul: Tawassul dan Wasilah
Penulis: Ibnu Taimiyah
Penerbit: Rosda Karya, 2006
Tebal: xvi + 396 hlm
Kondisi: Baru stok lama

Harga Rp 75.000,- (belum ongkos kirim)
Order SMS 085225918312


Sebagai mujaddid besar dan ulama Muslim kenamaan, Ibnu Taimiyah memaparkan persoalan tawassul dan wasilah secara komprehensif dengan mendudukkan keabsahan kedua istilah tersebut pada posisinya. Beliau mengajak kita bertauhid secara murni dengan meninggalkan segala khurafat dan bentuk-bentuk ritual yang keliru.

Syeikh Ibnu Taimiyyah adalah antara tokoh yang sering menjadi rujukan dan sandaran utama oleh kelompok yang memandang serong terhadap tawassul dan beberapa isu lain seperti bida`ah hasanah dan fiqh bermazhab. Mungkin atas sebab itu, Al-Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi al-Maliki turut merujuk khusus kepada pandangan beliau dalam kitabnya “Mafahim” (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan).

Berkata Syeikh Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya Qa’idah Jalilah fi al Tawassul wa al Wasilah (H: 5) ketika membicarakan tentang firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah wasilah (jalan/perantara) untuk mendekatkan diri kepadaNya.” (Al-Maaidah: 35),

“Mencari wasilah kepada Allah hanya berlaku bagi orang yang bertawassul kepada Allah dengan keimanan terhadap Nabi Muhammad SAW dan ikutan terhadap Sunnahnya. Bertawassul dengan keimanan dan ketaatan kepada Baginda SAW, merupakan kefardhuan bagi setiap individu dalam setiap keadaan; zahir dan batin, tidak kira sama ada ketika Rasulullah SAW masih hidup atau selepas kewafatannya, ketika kewujudannya atau ketiadaannya. Tidak jatuh kewajipan bertawassul dengan keimanan dan ketaatan kepada Baginda SAW daripada seseorang makhluk dalam apa jua keadaan sekali pun setelah tertegaknya hujjah. Bahkan, ia tidak akan gugur dengan apa pun jua alasan. Tidak ada jalan untuk menuju kepada kemuliaan dan rahmat Allah, serta terselamat daripada kehinaan dan siksaanNya, melainkan dengan bertawassul dengan keimanan dan ketaatan kepada Baginda SAW. Rasulullah SAW adalah pemberi syafa’at kepada makhluk, pemilik maqam yang terpuji yang amat dicemburui oleh manusia yang terdahulu dan terkemudian. Baginda SAW adalah pemberi syafa’at yang paling agung kedudukannya dan paling tinggi pangkatnya di sisi Allah.

Allah telah berfirman tentang Musa AS: “Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan yang terhormat di sisi Allah.” (Al-Ahzaab: 69) Allah juga telah berfirman tentang al Masih AS: “Dia merupakan seorang yang terkemuka di dunia dan akhirat.” (Aali Imran: 45). Manakala Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang paling tinggi pangkat dan kedudukannya daripada nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain, tetapi syafa’at dan doa Baginda SAW hanya dapat dimanfaatkan oleh orang yang disyafa’atkannya dan didoakannya. Maka sesiapa yang didoakan dan disyafa’atkan oleh Rasulullah SAW, barulah dia boleh bertawassul kepada Allah dengan syafa’at dan doa Baginda SAW tersebut, sebagaimana para Sahabat RA bertawassul kepada Allah dengan doa dan syafa’at Baginda SAW. Begitu juga sebagaimana manusia bertawassul kepada Allah pada hari Kiamat dengan doa dan syafa’at Baginda SAW.”

Dalam al Fatawa al Kubra (1/140), Syeikh Ibnu Taimiyyah ditanya: Adakah harus bertawassul dengan Nabi SAW ataupun tidak? Maka beliau menjawab: Alhamdulillah, adapun bertawassul dengan keimanan dengan Nabi SAW, kasih dan ketaatan kepada Baginda SAW, bacaan salawat dan salam ke atas Baginda SAW, doa-doa dan syafa’atnya dan sebagainya yang merupakan perbuatan Baginda SAW dan hamba-hamba Allah yang sememangnya diperintahkan menunaikan haknya, maka ia adalah disyariatkan dengan persepakatan kaum Muslimin.